Friday, February 20, 2009

How to protect you from ghost? must read this....

Dibawah disenaraikan petua bagaimana mengatasi masalah bilamana bertemu dgn karakter-karakter begini...

1.Toyol senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit
emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau
Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

2. Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain
balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain
kapan pembungkusnya tu.

3.Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil
jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

4.Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa
sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

5.Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya
senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,
suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.

6.Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

7.Jerangkung Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya
mengimbangi badan untuk berdiri tegak. ...

8.Hantu Blogger Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..lepaih tu
nengok Blog macam sekarang nih..sah-sah tengah baca Blogger nie..macamana nak
jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ..... hahahahaha

No comments:

Post a Comment